Dari Anas bin
Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari
umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat
subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama
dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari
kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni
dunia."
Berkata Anas
bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda
Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari
Jumaat."
Umat-umat
dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun
apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak
boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah
kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita
menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak
bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap satu
yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita
sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi.
Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi
ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan
kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah
al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai
keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat
al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu
datangnya dari syaitan.
0 comments:
Posting Komentar